Saturday, June 16, 2012

Saya dan Kenangan

 Assalamualaikum saudaraku, semoga sentiasa sihat..=)

Ini kisah saya,

Masa saya Form 6 (2005-2006), saya bersekolah di SMK Kota Bharu, Kelantan. Saya rasa inilah zaman persekolahan saya yang paaaaaling best. Sebab, kebanyakan kawan2 saya baik & kami hampir mengenali..=)

Oleh kerana kelas Form6 mase tu hanya 2 kelas, & student 66 orang je, so banyak la xtvt yg dapat dilakukan bersama. Saya masih ingat detik2 indah kami semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat, antaranya ke SK Pos Brooke, Gua Musang.

Kitorang pergi dengan beberapa orang guru pengiring. Sekolah ni agak pedalaman, & tempatnya sangat sejuk sebab berada di kawasan tanah tinggi. Cikgu Azila (guru BM) sangat best. Beliau lah yang memperkenalkan kami dengan pihak Rebutia, team untuk program motivasi, under Pok Nik..Team ni sangat baik, & semua lagu tema dorang lagu nasyid..=)

Antara lagu yg paling diingati oleh saya ialah 'Cebisan Kenangan by Amar'. Setiap kali dengar lagu ni, sy sayu sebab teringat sahabat2 lama Form6 saya..=(

So, untuk itu saya dedikasikan lagu ni buat sahabat yg sentiasa diingati sentiasa, walaupun dorang  x baca blog saya ni..=)

Buat Pn Ekha Latdong, Pn She Kupink, Pn Mimi, Pn Aisyah/Echah, Pn Nani, Cik Lin Pbum, Rina,Yanie, n semua sahabat yg kenal sy, saya sayang kalian sentiasa. Kita jumpa bila i back to semenanjung nanti ye..=) 

Cebisan Kenangan

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi

Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi

~p/s : saya & kenangan akan bersambung....bye..=)

No comments:

Post a Comment