Thursday, May 24, 2012

LELAKI ITU JAHAT.!

Assalamualaikum wbt saudara serta sahabat semua.. Apa khabar hari ini.? Diharap awak semua berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dirahmati ALLAH selalu.=)

Okey, tajuk catatan saya ni ialah 'lelaki itu jahat'.

Sebenarnya kan, tadi lepas solat Zohor, saya pergi ke megalab. Student pun tak ramai sangat, so saya duduk la di bahagian yang agak belakang (sebabnya saya nak makan nasi..hoho). Dekat barisan saya tu kosong, so saya duduk di tengah-tengah. 5 minit kemudian, ada seorang lelaki ni, dia datang, then duduk selang 1 meja dengan saya. Saya rasa dah tak selesa, sebab banyak lagi tempat kosong kan yang dia boleh duduk. Oke, saya boleh tahan lagi la. Kemudian, selang beberapa minit, ada pulak seorang kawan dia ni datang (lelaki). Dia duduk betul-betul di sebelah saya.!

Eiiii, saya rasa sangat geram. Macam la da takde tempat lain nak duduk, padahal kat sebelah kawan dia tu ada je meja kosong. Dia ada buat something, konon-konon nak tarik perhatian saya kot. Pastu dia tegur-tegur, tapi bercakap dengan kawan dia. Ya, mereka berdua sama je. Menyampah jek dengan lelaki spesies ini.!

Oh lelaki, awak dah lihat cara berpakaian saya yang kolot dan kuno ini, tapi kenapa awak sampai hati lagi duduk di sebelah saya.? Apa yang awak dapat dengan mengacau orang-orang seperti saya ni.? Eiii awak betul-betul jahat oke.??


Tuesday, May 22, 2012

Kenapa saya boleh ada blog?

Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat..semoga kita sentiasa berada dalam kasih sayang ALLAH SWT sentiasa..=)

Mmmmm, hari ini saya nak cerita tentang kenapa saya menulis dan mewujudkan blog. 

Sebenarnya kan, sejak dari tahun 2008 lagi (if im not mistake), saya dah ada blog tau. Nama 

blog tu ialah ''KasehMawar''~~it's all about us~~ Sebelum tu, saya dah ada satu lagi blog 

''Minasri''~~blog ni gabungan saya ngan cik pingping..tapi, dah bertahun saya tinggalkan blog2 

ni, so sekarang ni memang tak dapat active kan langsung dah..then, saya buat la blog yang baru, 

so ni lah blog baru saya sekarang.!=)

Saya harap saya dapat istiqamah dengan blog saya sekarang ni, sebab saya da malas da nak 

buat blog yang lain..hmmm, oke lah, da tak da apa nak cerita dah.. next time saya sambung lagi 

ye dengan entri yang lagi serius dan 'berisi', bukannya seperti yang main2 macam sekarang 

ni..hehe..oke, bye.sehingga bertemu lagi.! Assalamualaikum wbt..=)

Saturday, May 12, 2012

Sekadar Pemberitahuan kot..=)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya muncul setelah setahun lebih meninggalkan blog  cumil saya nih..ehe. Saya bukan taknak tulis blog, tapi saya tak pandai je nak guna blog ni, lagipun my lappys tak sihat..=(
Tapi sekarang ni, saya try try jela tulis and explore blog ni sendiri oke..=) 

Setakat ni jela dulu pemberitahuan saya, jumpa lagi di lain masa ye..bye, Assalamualaikum..=)