Saturday, June 16, 2012

ALLAH Kirimkan Malaikat Untuk Kejutkan Kita

Assalamualaikum saudaraku..semoga sentiasa sihat & amal makruf sentiasa meningkat..=)

Saya mahu share satu pesanan yg sangat berharga kepada kita semua terutamanya untuk saya. Pesanan daripada TGNA, dan kredit kepada blog Kakchik.


"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."
 
Allah Ya Allah, mesti kita semua pernah melalui pengalaman sebegini kan.? Saya pernah dan agak kerap Tapi apa yang saya buat, saya tidur balik..=(
 
Tapi pagi tadi, saya melaluinya, tapi saya tanak share, cukuplah saya sorang je yang tahu..
 
Ya, saya jahil, saya hamba ALLAH yang sangat lemah imannya..=( 

Doakan bersama agar kita sentiasa diberi hidayah serta rahmat-Nya..

~~saya takot Malaikat tak datang kejutkan saya lagi..=(

Saya dan Kenangan

 Assalamualaikum saudaraku, semoga sentiasa sihat..=)

Ini kisah saya,

Masa saya Form 6 (2005-2006), saya bersekolah di SMK Kota Bharu, Kelantan. Saya rasa inilah zaman persekolahan saya yang paaaaaling best. Sebab, kebanyakan kawan2 saya baik & kami hampir mengenali..=)

Oleh kerana kelas Form6 mase tu hanya 2 kelas, & student 66 orang je, so banyak la xtvt yg dapat dilakukan bersama. Saya masih ingat detik2 indah kami semasa mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat, antaranya ke SK Pos Brooke, Gua Musang.

Kitorang pergi dengan beberapa orang guru pengiring. Sekolah ni agak pedalaman, & tempatnya sangat sejuk sebab berada di kawasan tanah tinggi. Cikgu Azila (guru BM) sangat best. Beliau lah yang memperkenalkan kami dengan pihak Rebutia, team untuk program motivasi, under Pok Nik..Team ni sangat baik, & semua lagu tema dorang lagu nasyid..=)

Antara lagu yg paling diingati oleh saya ialah 'Cebisan Kenangan by Amar'. Setiap kali dengar lagu ni, sy sayu sebab teringat sahabat2 lama Form6 saya..=(

So, untuk itu saya dedikasikan lagu ni buat sahabat yg sentiasa diingati sentiasa, walaupun dorang  x baca blog saya ni..=)

Buat Pn Ekha Latdong, Pn She Kupink, Pn Mimi, Pn Aisyah/Echah, Pn Nani, Cik Lin Pbum, Rina,Yanie, n semua sahabat yg kenal sy, saya sayang kalian sentiasa. Kita jumpa bila i back to semenanjung nanti ye..=) 

Cebisan Kenangan

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi

Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi

~p/s : saya & kenangan akan bersambung....bye..=)